Tuesday, 12 September 2017
Pak pandir dan semut
Alkisah bermula disebuah kampung bernama kampung beringin
pendam.Dihujung kampung tersebut terdapat sepasang suami isteri pertengahan usia bernama Pak Pandir dan Mak Andeh.Seperti penduduk-penduduk kampung yang lain,mereka mengerjakan ladang sebagai sumber utama rezeki mereka.
Pak Pandir sangat dikenali dimana-mana kerana kebodohannya.Dia sering diketawakan kemana sahaja dia pergi namun,dia tidak terasa hati.Dia tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa.Mak Andeh pula merupakan seorang wanita yang normal namun dia tetap menyayangi Pak Pandir seadanya.
Dipendekkan cerita,pada suatu hari Pak Pandir berburu burung kerana Mak Andeh mengidamkan dagingnya.Walaupun tidak tahu bagaimana untuk menangkap burung-burung tersebut,demi isterinya yang baru mengandung 2 bulan itu dia tetap pergi berburu dengan semangatnya.Setelah lama berjalan dia berehat dibawah sepohon durian yang besar dan tinggi.
"Dah setengah hari aku berjalan tapi tak ada seekor burung pun aku nampak.Wahai burung muncullah.Isteriku mengidamkan daging kau sekarang.",ucap Pak Pandir perlahan.Seperti mendengarkan ucapannya seekor enggang tiba-tiba muncul dan terbang rendah betul-betul dihadapannya.Pak Pandir bingkas bangun.Senyuman terus terlakar pada bibir kusamnya.
Tanpa membuang masa,Pak Pandir mengejar enggang tadi lalu menangkapnya.Alangkah gembiranya dia apabila berjaya menangkap burung sebesar itu.Dia terus mengikat kaki burung tadi kemudian dia mengikat hujung tali tersebut pada kakinya sendiri.Dia mengikat burung tersebut pada kakinya supaya ia tidak boleh terbang lagi fikirnya.
Walaupun sudah mengikat kedua-dua kaki burung itu namun Sayapnya dibiarkan begitu sahaja.Tidak lama selepas itu,sekumpulan enggang pula datang dan terbang rendah melintasinya.Pak Pandir bertempik riang lalu menangkap sebanyak mana yang dia mampu.Ada yang dikepitkan pada ketiaknya,ada yang diapit pakai kaki,ada juga yang diapit menggunakan dagunya,selebihnya
dipegang menggunakan tangan.
Oleh kerana terlalu banyak burung yang dipegangnya,burung-burung itu dapat terbang membawanya jauh keatas pokok kerana dia tidak mengikat sayap-sayap mereka.Pak Pandir yang ketakutan akibat gayat itu terpaksa melepaskan burung-burung itu kecuali yang diikat pada kakinya.
"Hai burung,memandangkan hanya kau yang tinggal aku ingin membuat perjanjian dengan kau.Kalau kau boleh terbang bawa aku kembali ke tanah,aku akan melepaskan ikatan ini dan membiarkan kau pergi.",katanya serius.Seperti memahami kata-katanya enggang tadi mengepak-ngepakkan sayapnya.
Pak Pandir terus membuka ikatan pada kakinya kerana dia berfikir bahawa burung tersebut setuju dengan kata-katanya.Namun sebaik sahaja ikatan tadi terlepas,si enggang terus terbang pergi meninggalkan Pak Pandir yang bodoh itu seorang diri.
"Celaka kau enggang!!.Tergamak kau tipu aku?!!!.Kalau aku tahu kau bermain muslihat tadi ,baik aku bunuh kau terus.",marahnya.Turun naik nafasnya menahan amarah.Namun apabila menyedari dia kini berada nun jauh tinggi diatas pokok dia kembali terdiam.Pelbagai cara difikirkan supaya boleh kembali ke bawah.Walaupun terdapat begitu banyak akar-akar yang menjalar pada pokok itu dan ada sesetengahnya yang boleh digunakan untuk menuruni pokok tersebut,namun Pak Pandir tidak terfikirkannya.
Setelah hari mulai beranjak petang,Pak Pandir akhirnya mendapat penyelesaian.Dia melihat semut-semut yang kelihatan begitu senang memanjat naik pokok dan menuruni pokok tersebut tanpa jatuh.Dia tergelak sendiri.Dahinya ditepuk berkali-kali.
"Bodohnya aku ni.Kenapalah aku tak terfikir dari tadi.Terima kasih sahajalah wahai semut.",ucapnya riang.Sambil bernyanyi kecil dia mengatur posisi menghadap ke bawah seperti semut-semut tadi.
Gayatnya sebentar tadi terus hilang kerana dia yakin bahawa dia tidak akan jatuh seperti semut-semut itu.Namun sebaik sahaja dia meluruskan badannya menghadap ke bawah dia terus jatuh gedebuk bagaikan nangka busuk .Pak Pandir terus meninggal dunia disitu tanpa ada sesiapa pun tahu kerana kebodohannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
best sangat
ReplyDeleteTakstnxakfnkskckajfksnckangscmlsmv
ReplyDeleteI need store
ReplyDeleteIt's very best story...I like it...
ReplyDeletesad ending but why we laught
ReplyDeleteHuhu kesian isteri dia
ReplyDeletesiapa nama pengarang?...please help me!!!!π
ReplyDeleteAku blank serius blank apa lawak diaππππ
ReplyDeletePak pandir tidak pandai menuruni pokok, kemudian dia terlihat sekumpulan semut menaiki dan menuruni pokok dengan mudahnya, lalu dia mendapat akal, di menangkap semut2 tadi dan kemudian mengikat pada kaki nya,
ReplyDelete