Pada Zaman dahulu ,disebuah kampung terdapat seorang pemuda bernama Mat Jenin.Dia sangat dikenali diseluruh kampung kerana suka berangan-angan.Mat Jenin merupakan seorang pemuda yang pemalas tetapi selalu berangan untuk menjadi kaya raya.Dia menghabiskan hari-harinya hanya dengan berangan-angan.
Pada suatu hari,Ketua kampung yang bernama Pak Mat ingin memetik kelapa namun pokok kelapanya terlalu tinggi.0leh itu,dia ingin meminta pertolongan Mat Jenin.
"Panjang umur kau Mat.Aku baru mahu ke rumah kau.",kata Pak Mat dengan gembiranya apabila melihat Mat Jenin berjalan sambil bercakap-cakap sendiri dihadapan rumahnya.Mat Jenin menghentikan langkahnya.
Pak Mat mengatur langkah menghampiri Mat Jenin.
"Ada apa Tok??.,"soal Mat Jenin apabilaPak mat sudah berdiri dihadapannya.Ketua Kampung itu mengukirkan senyuman.Bahu Mat Jenin ditepuk-tepuk perlahan.
"Kau tolong aku petik kelapa kat belakang rumah tu.Nanti aku berikan daging kambing sebagai balasannya.",Kata Pak Mat sambil menunjukkan pokok kelapa yang tinggi melangit dibelakang rumahnya.Mat Jenin tersenyum.Dia sudah lama tidak merasa daging kambing.
Mat Jenin membetulkan kopiahnya.Senyumannya makin lebar membayangkan daging kambing yang dijanjikan oleh Pak Mat itu sebentar tadi.
"Baik Pak Mat.Saya akan petik sekarang juga.",kata Mat Jenin lalu meminta diri untuk memanjat pokok kelapa yang tinggi itu.
"Jangan berangan kat atas pokok kelapa tu pula.Bahaya.",pesan Pak Mat sebelum bayangan Mat Jenin menghilang ke belakang rumah.
Sebaik sahaja sampai dibelakang rumah,Mat Jenin terus memanjat kelapa itu dengan penuh semangat.Demi daging kambing yang dijanjikan.Sampai sahaja diatas,dia terus memetik buah kelapa satu persatu.Dalam kekhusyukkan memetik kelapa,dia terlihat anak gadis Pak Mat yang menjadi idaman para jejaka dikampung itu menjemur baju Tanpa sedar dia mula berangan-angan.
Mula-mula,Mat Jenin memetik dan menjual kelapa.Setelah itu dia membeli kambing.Akhir sekali dia membeli lembu dan menjadi saudagar yang menjual daging.Dia mulai dikenali oleh saudagar-saudagar yang lain dan dihormati semua orang.Berderet-deret anak gadis yang menawarkan diri untuk menjadi isterinya.
Duit dan emas permata memenuhi rumahnya dan dia tidak lagi berjalan kaki kemana-mana sebaliknya menunggang kuda dan unta.Mat Jenin tersenyum lebar dengan kekayaannya.Kemudian dia melamar anak gadis Pak Mat untuk dijadikan isteri dan hidup kaya dan bahagia selamanya.
Mat Jenin begitu gembira hingga terlupa yang dia sebenarnya masih memetik kelapa dan begitu tinggi kedudukannya diatas pokok.0leh kerana dia sudah melepaskan pautannya pada pokok kelapa itu,tubuhnya hilang imbangan lalu terus jatuh melayang kebawah.Akhirnya Mat Jenin mati kerana angan-angannya.
oh, begitu rupanya.
ReplyDeleteKesian dia he just wanted to be rich
Deleteia sih
Deletesedih
ReplyDeleteSedih citenye
ReplyDeleteThis story is not sad at all
DeleteWOW! This is a fantastic story
ReplyDeleteyeah
ReplyDeleteSedihnya
ReplyDeleteKesian mat jenin
ReplyDeletebuat apa nak kasihan itu semua cobaan........
DeleteVery interesting story...
ReplyDeletepadan muka sapa suh berangan atas pokok lagi
ReplyDeletelol
DeleteJahat ii
DeleteSama je kau
Deleteboleh berangan tetapi uih jangan terlalu jauh. Asalkan ada usaha
Deletenk kaya punya pasal hahaha
ReplyDelete������
ReplyDeletekambing
ReplyDeleteSedih bila dengar dia mati.. Tapi lawak la sebab dia mati katak..
ReplyDeletebetul ke mati
ReplyDeleteHmm......
DeleteInnalilahi
ReplyDeleteHaha dia dh mati katak...tapi...boleh tahan
ReplyDeleteSedihlah citer dia
best jugak
ReplyDeleteLawak nak mampus
Deletedalam ceritera kalilah dan dimnah juga ada kisah yang serupa, kisah pengkhayal sorang brahmana dengan minyak saminnya
ReplyDeleteApahal akhir veritas dia mati
ReplyDeleteBest la cerita ni.... I like it 😍😘💕❤👏👍
ReplyDeleteTau mat jenin dri upin ipin siamang tunggal wkwk
ReplyDeleteGua yakin lu orang Indonesia pasti, soalnya komentar beda sendiri gk kya yg laen wkwk
Deletebestnya
ReplyDeletehehe
ReplyDeleteHaha tula berangan lagi sampai tak ingat dunia man dah jatuh pokok. Wkwk
Deletehahaha
ReplyDeletehahahahahhahahahahahahahaha
ReplyDeletegd 4 homewrk
ReplyDeletedia mati rupanya....ingat jatuh je :(
ReplyDeleteHm......
ReplyDeleteMabuk ke
ReplyDeleteMenarik
ReplyDeleteGegara Upin Ipin gue cari lagenda mat Jenin
ReplyDeleteSad ending
ReplyDeletesedihnya mengalahkan drama tv3
ReplyDeleteCerita Mat Jenin Saya
ReplyDeleteAngan Angan Mat Jenin mengikut Theory Adnan..Adnan'sTheory of Mat Jenin
Actually, cerita nya begini:
Ada seorang pemuda di sebuah kampung ulu di Malaysia...
Diriwayatkan setelah berhenti dari berkhidmat dengan company oil and gas, dia pulang ke kampung.
Dia amat gemar meminum air kelapa. Tapi dikampung rumah mak nya ade pokok kelapa tapi terlalu tinggi.
Dia sebagai engineer harus memikirkan bagaimana untuk mendapatkan buat kelapa dengan mudah..
Setiap hari dia berfikir2 cara yang cost effective and safe untuk dapatkan buah kelapa yang terletak di aras yang tinggi.
Setial kali juga dia akan cuba memanjat pokok kelapa untuk mengira formula terbaik untuk mendapatkan buah kelapa2 itu.
Orang kampung pon selalu nampak dia mamanjat pokok kelapa, hari..hari...
Jadi Makcik2 kampung pon bercerita ceritalah pasal mat ni yang suka panjat pokok kelapa.
Tengok lah mat tu panjat pokok kelapa..hari2 memanjat...mat mana...tanya makcik kiah...alaaa anak si peah si mat, katenye engineer tu..
Mat ape..Mat engineer..Maka mak cik timah pon cerita ke kawan nya..dan mereka pon ke kawan yang lain...
Alaa Mat engineer tu lah...berangan2...
Alaa Mat jineer tu lah...
Alaaa mat jenier tu..
Sapo?
Mat jenior...
Mat jenion?
Mat jenion...
Alaa mak ni..si Mat Jenin..
....
Alaa mat Jenin tu ha...suka sangat berangan...
Jadi dia bukan pemalas tapi dia seorang engineer yang berwawasan...
Engineer perlu berangan kalau tak, tak terbang, tak de kereta dan tak sampai ke bulan kite ni ha...
Kat dalam dasar laut tak nampak minyak tu pon boleh kami pikirkan camne nak sedut...
Jadi Mat Engineer tu lah Mat Jenin yang suka berangan...sebab dia ENGINEER...
WE DAY DREAM...DAY DREAM with engineering actions becomes a system...
Jadi Mat Jenin bukan PEMALAS...
Adnan's Story of Mat Jenin. (Salam ALL)