Tuesday, 16 June 2020

Kisah Harimau Yang Jahat

     Di Sebuah Hutan,Terdapat Seekor Harimau
Yang Jahat Dan Garang.Harimau Sangat
Ditakuti Semua Haiwan Kerana Kejahatannya Itu.
Harimau Suka Menganggu Haiwan~Haiwan Yang
Lemah Dan Memakan Mereka.Ia Sangat Berkuasa
Dihutan Itu Sehinggalah Pada Suatu Hari,Ia Mempunyai
Saingan Baharu Iaitu Harimau Yang Lebih Muda Darinya.

     Pada Suatu Hari Sang Harimau Memerintahkan
Semua Haiwan Berkumpul Untuk Memilih Siapa
Diantara Ia Dan Harimau Muda Itu Yang Layak
Ditabalkan Sebagai Raja.Sebaik Sahaja Semua Haiwan
Berkumpul Disitu Ia Pun Memberitahu Tujuannya
Mengumpulkan Mereka Disitu.

   ''Baiklah Para Haiwan Sekalian..Aku Mengumpulkan Kalian
Untuk Memilih Siapa Diantara Aku Dan Harimau Muda Itu
Yang Layak Kalian Tabalkan Sebagai Raja Dihutan Ini.Jikalau
Kalian Memilih Aku,Maka Ia Harus Pergi Dari Sini..Begitu Juga
Sebaliknya.,''Kata Sang Harimau Dengan Lantang.Para Haiwan
Mulai Berbincang Sesama Sendiri Untuk Memutuskan Siapa
Yang Layak Mereka Tabalkan Sebagai Raja Memandangkan
Kedua~dua Haiwan Itu Merupakan Haiwan Pemangsa.
     Setelah Mengambil Masa yang Lama,Mereka Memutuskan
Untuk Melantik Harimau Muda Itu Sebagai Raja.Sang Harimau
Berasa Sangat Marah Kerana Para Haiwan Dihutan Itu Tiada
Seekor Pun Yang Memilihnya.Walaupun Demikian Dia Terpaksa
Pergi Juga Kerana Sudah Berjanji Bahawa Siapa~Siapa Yang
Tidak Dipilih Diantara Mereka Berdua Hendaklah Pergi Dari Hutan
Itu.Sang Harimau Pergi Dengan Perasaan Dendam Dan Amarah.
Dia Berjanji Akan Membunuh Semua Haiwan Dihutan Itu Beberapa
Hari Lagi.

    ''Aku Akan Bunuh Kalian Semua Wahai Binatang Lemah!.,''Kata Sang
Harimau Kepada Diri Sendiri.Sang Kancil Yang Kebetulan Mencari
Makanan Disemak Yang Berdekatan Mendengar Kata~Kata Sang Harimau
Segera Menyembunyikan Diri.Setelah Sang Harimau Hilang Dari
Pandangan,Sang Kancil Bergegas Memberitahu Semua Haiwan Dihutan
 Untuk  Berjaga~jaga.''Kalau Begitu,Kita Harus Memasang Perangkap
Untuk Memerangkap Sang Harimau.,''Kata Sang Kerbau Kepada Semua
Haiwan Disitu.''Kita Harus Menggali Lubang Yang Besar Dan Dalam
Untuk Memerangkap Sang Harimau.,''Kata Sang Kancil Pula.Para Haiwan
Pun Bersetuju.Mereka Mula Menggali Tanah Sedalam Mungkin Untuk
Memerangkap Sang Harimau.Mereka Juga Membawa Batu~Batu Dan
Dahan Kayu Untuk Dihumbankan Keatas Sang Harimau  Apabila Ia
Berjaya Diperangkap Nanti.

   Setelah Siap Membuat Perangkap,Sang Kancil Pun Pergi Berjalan
Sendiri Untuk Memancing Sang Harimau.Para Haiwan Lain Pula Sedang
Bersembunyi Berdekatan Dengan Perangkap Yang Telah Mereka Siapkan
Untuk Sang Harimau.


Sebaik Sahaja Melihat Sang Kancil Yang Sedang Berjalan Sendirian,
Sang Harimau Segera Mengejarnya.Oleh Kerana Berbadan Kecil Dan Ringan
Sang Kancil Dapat Melarikan Diri Dari Ditangkap Sang Harimau.Ia Membawa
Harimau Menghampiri Perangkap Yang Telah Mereka Siapkan Kemudian
Berhenti Melarikan Diri.''Aku Sudah Penat Melarikan Diri Wahai Sang Harimau..Terkamlah Aku.Tetapi Ku Mohon Agar Kau Segera Membunuhku Agar Aku Tidak Berasa Sakit. ''ucap Sang Kancil Berpura~Pura Sedih.Sang Harimau
Tertawa Lalu Berkata.''Baiklah Kancil..Aku Akan Menunaikan Permintaanmu.,''.Sang Harimau Kemudian Segera Menerkam Sang Kancil Tanpa
Berasa Curiga.Ia Juga Tidak Perasan Bahawa Dibelakang Sang Kancil
Terdapat Perangkap Untuk Dirinya Kerana Lubang Itu Ditutup Dengan Ranting Dan Daun Kering.Sebaik Sahaja Melihat Terkaman Sang Harimau Sang Kancil
Pantas Mengelak Dan Akhirnya Sang Harimau Terjatuh Ke Dalam Perangkap.

Setelah itu,Para Haiwan Keluar Lalu Mengambil Batu~Batu Dahan Kayu
Yang Telah Dikumpulkan Berdekatan Lalu Menghumbannya Keatas Sang Harimau Yang Jahat Itu.Akhirnya Sang Harimau Pun Mati.

1 comment: