Monday, 15 June 2020

Pak Pandir Dan Sabit





    Pada Suatu Hari,Pak Pandir
Pergi Ke Pekan Untuk Membeli Kerbau
Seorang Sendiri.Isterinya Mak Andeh
Sibut Menanam Jagung Diladang Padi
Mereka.Perjalanan Ke Pekan Juga Agak
Jauh Dan Melelahkan.Namun Pak Pandir
Tiada Pilihan Lain.Sepanjang Perjalanan,
Pak Pandir Terkumat~kumit Menghafal
Rupa Kerbau Seperti Yang Telah Dijelaskan Oleh Isterinya Pagi Tadi 

   ''Kerbau Adalah Seekor Binatang Bertubuh Besar,Bertanduk Dan Meragut
Rumput Sebagai Makananannya.,''Ucap Pak Pandir Berulang~Kali Supaya Dia 
Mengingati 'Rupa' Kerbau seperti yang Dikatakan Oleh Mak Andeh.
    
    Walaupun Sudah Mencuba Sedaya~upaya Untuk Menghafal 'Rupa'
Kerbau Seperti Yang Telah Digambarkan
Oleh Isterinya Itu,Pak Pandir Akhirnya
Keliru Juga Dan Melupakan Apa Yang Telah Dihafalnya.''Kerbau Bertanduk Dan
Meragut Rumput.,''Ulangnya Berkali~Kali
Hinggalah Sampai Ke Pekan.

   Pak Pandir Segera Mencari Penjual
Yang Menjual Kerbau Berhampiran.
Namun Sudah Puas Mencari,Dia hanya
Melihat Sayur~Sayuran,Buah~Buahan 
Dan Ayam.Pak Pandir Mengeluh Hampa.
Dia Sudah Bersusah~Payah Kemari 
Tetapi Kerbau Yang Dicari Pula Tiada.
     
     Pak Pandir Berputus Asa Mencari
Kerbau Memutuskan Untuk Pulang Sahaja.Namun Dalam Perjalanan Pulang,
Dia Melimpasi Sebendang Sawah Padi.
Disitu Kelihatan Seorang Nenek Tua
Yang Sibuk Merumput Menggunakan 
Sabit.Pak Pandir Akhirnya Gembira
Kembali.Sabit Ditangan Nenek Tua Itu
Dikiranya Merupakan Seekor Kerbau
Memandangkan Ianya Berlekuk Tajam
Seperti Tanduk Dan Digunakan Untuk
Merumput.

   Pak Pandir Berlari Menghampiri Nenek
Tua Tadi Lalu Menarik Sabit Ditangannya.
''Akhirnya Aku Jumpa Juga.Kerbau Mak Cik Saya Beli Ya?.,''Kata Pak Pandir Girang
Lalu Memberi Beberapa Lembar Wang
Kepada Nenek Tua Tadi Sebelum Beredar
Pergi Dengan Riang.Nenek Tua Tadi Pula
Terpinga~Pinga Dengan Apa Yang Berlaku.

  Pak Pandir Meneruskan Perjalanan Pulang Ke Kampungnya Dengan Bersemangat.Dia Akhirnya Dapat Menternak 'Kerbau'.Setelah Lama Berjalan
Dia Berehat Sebentar Bersama 'Kerbaunya' Itu.''Tadi Andeh Sediakan Tali
Untuk Mengikat Kerbau Ni.Aku Lupa Pula
Nak Pakaikan.,''Katanya Kepada Diri Sendiri.Dia Mengambil Tali Tadi Lalu
Mengikatnya Pada Batang Sabit Yang
Disangkanya Kerbau Tadi.

   ''Kau Ikut Aku Jalan Baik~Baik Kerbau.
Jangan sodok Aku Pula.,''Katanya Kepada Sabit Tadi Sebelum Meneruskan Perjalanan.Tetapi Belum Jauh Berjalan,Kakinya Sudah Berkali~Kali
'Disodok Kerbau' itu. Sabit yang diikatnya
Itu Asyik Terpelanting Terkena Kakinya.
''Aduh!!..Kenapa Kau Sodok Aku Kerbau?!!.,''
Teriak Pak Pandir Kesakitan.Darah Mengalir Deras Dari Kakinya.Sabit Itu Dibantingnya Dengan Perasaan Marah.

   Pak Pandir Kemudian Meneruskan 
Perjalanannya. Seperti Tadi Walaupun Sudah Dimarahi 'Kerbau' Itu Tetap 'Menyodok' Kaki Pak Pandir.Pak Pandir
Hanya Mampu Terjerit~jerit Kesakitan
Apabila Sabit Itu Melukai Kakinya.Setelah
Lama Berjalan Pak Pandir Akhirnya Sampai DiKampungnya.Tanpa Membuang
Masa Pak Pandir Bergegas Menuju Ke 
Rumahnya Kerana Sudah Tidak Tahan
'Disodok Sang Kerbau'.

   Sesampai Sahaja Dirumah,Dia Segera
Mengikat Tali 'Kerbau' Itu Tadi Dibawah
Sebatang Pokok Yang Dikelilingi Rumput
Tebal Ditepi Rumahnya.'Kerbau Ni Mungkin
Dah Lapar Sangat..Sebab Tulah Garang Semacam' Fikirnya.''Makanlah Puas~Puas
Kerbau..Esok~esok Tak Adalah Kau Sodok
Kaki Aku Lagi.,''Katanya Lalu Naik Ke Anjung Rumah.Mak Andeh Yang Baru 
Selesai Menyiapkan Makanan Didapur
Segera Menghampiri Suaminya Itu Bersama Segelas Air.
  ''Mana Kerbaunya Pandir.,''Soalnya Seraya Menghulurkan Gelas Tadi Kepada
Pak Pandir.''Tu...Aku Tambatkan Bawah Pokok Tu..Jaga~Jaga Kalau Nak Dekat..Kerbau Ni Garang..Kaki Aku Ni Dah
Calar~Balar Disodoknya.,''Kata Pak Pandir
Sambil Menunjukkan Kakinya Kepada Mak
Andeh.

  ''Lain Benar Rupa Luka Kau Ni Pandir..Macam Kena Hiris Benda Tajam.,''
Kata Mak Andeh.Dia Segera Pergi Memeriksa 'kerbau' Yang Dibeli Suaminya Itu  Tadi.Hatinya Mulai Tidak Sedap
Apabila Tiada Bayangan Seekor Kerbau Pun Disitu.Yang Ada Hanyalah Tali Yang
Diikat Rapi Pada Batang Pokok.Mak Andeh
Cuba Menarik Tali Tadi.Alangkah Terkejutnya Dia Melihat Sebilah Sabit Yang
Diikat Disitu.Padanlah Luka Dikaki Suaminya Itu Lain Benar,Dihiris Sabit Rupanya.

  ''Pandir!!!..Ini Bukan Kerbau..Ini Sabit!!..Bukankah Aku Sudah Cakap..Kerbau Ni berbadan Besar,Bertanduk Dan Makan Rumput..Kenapa Kau Beli Sabit?!!!.,''Teriaknya.Pak Pandir Hanya Mampu Menggaru Kepalanya Sambil
Mengukir Senyum Tawar.Nampaknya
Dia Sangat Malang Pada Hari Itu ,Bukan 
Sahaja Kerana Kehilangan Wang Yang 
Dikumpulnya Sekian Lama Buat Membeli
Kerbau Tetapi Juga Kerana Kakinya Habis
Luka Dan Calar Dihiris Sabit Itu.

1 comment:


  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete