Wednesday, 3 June 2020

Si Bertuah Dan Si Malang

   Pada Zaman Dahulu,Disebuah Kampung
Terdapat Dua Orang Pemuda Yang Dikenali
Sebagai Si Bertuah Dan Si Malang.Si Bertuah 
Merupakan Seorang Pemuda Yang Tampan Dan
Berbudi Bahasa.Manakala Si Malang Pula 
Merupakan Seorang Pemuda Yang Hodoh Dan
Panas Baran.
    Alkisah Bermula Pada Suatu Hari,Sewaktu 
Orang Kampung Sibuk Menugal(Cara Menanam Padi
Huma),Si Bertuah mengambil Sebuah Tikar Mengkuang
Lalu Digunakannya Untuk Terbang Seperti Helang Diudara.Dia Berlegar~legar Diatas Para Orang 
Kampung Yang Sedang Sibuk Menugal.''Pada Bulan
Purnama Ini,Bunga Cempaka Harus Dinikahkan
Dengan Si Bertuah.Kalau Tidak Bencana Akan Melanda,''
Teriaknya.Dia Dan Bunga Cempaka Sememangnya Telah
Bertunang Tetapi Mereka Ingin Mempercepatkan Hari
Perkahwinan Mereka.Oleh Itu,Si Bertuah Pun Menyamar
Jadi 'Helang Sakti' Yang Memberi Perintah Untuk Mempercepatkan Hari Perkahwinan Mereka.Orang~Orang 
Kampung Mulai Riuh Apabila 'Helang Sakti' Itu Beredar Pergi.
  






    Tiada Siapa Yang Tahu Kalau 'Helang Sakti' Yang
Muncul Tadi Merupakan Si Bertuah Kecuali Si Malang.
Si Malang Juga Menyimpan Perasaan Terhadap Bunga 
Cempaka Dan Diam~Diam Ingin Merebutnya Daripada
Si Bertuah.Maka Dia Pun Menyimpan Hasrat Untuk Menjadi 'Helang Sakti' Seperti Si Bertuah.
   Pada Keesokkan Harinya,Apabila Orang Kampung
Pergi Menugal Kembali,Si Malang Mengambil Sepasang 
Daun Pisang Lalu Digunakannya Untuk Terbang 
Seperti Si Bertuah Semalam.''Dengar Semua Wahai
Orang~ Orang Kampung,Jikalau Bunga Cempaka Tidak
Dinikahkan Kepada Si Malang Malam Ini Maka Kalian
Semua Akan Mati ,''Teriaknya.Kemudian Terbang Berlegar~legar Diudara.Dia Berasa Sangat Gembira
Kerana Berjaya Mengugut Orang~Orang Kampung Dengan
Menyamar Sebagai Helang Sakti.






   Namun Kegembiraan Si Malang Hanya Untuk Beberapa
Ketika.Cuaca Yang Panas Terik Membuat Daun Pisang Yang Digunakannya Untuk Terbang Itu Kering Dan Layu.
Kemudian,Dia Akhirnya Jatuh Ditengah Penduduk Kampung Yang Sibuk Menugal itu.''Ternyata,Kau Rupanya
Si Malang.Berani Sungguh Kau Memperbodohkan Kami Ya. ''Jerit Salah Seorang Daripada Mereka Sebaik Sahaja
Melihat Si Malang Yang Jatuh Seperti Nangka Busuk Ditanah.Orang Kampung Pun Memukul Si Malang Yang
Tertangkap Menyamar Itu.Si Bertuah Hanya Mampu 
Tersenyum.Dia Gembira Kerana Bulan Purnama Ini
Dia Akan Berkahwin Dengan Bunga Cempaka.Si Malang Pula Terpaksa Berputih Mata.
   
    

    

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.biz...^_~
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete