Thursday 28 September 2017

Cerita Sumpahan Katak


   Pada Zaman dahulu,orang-orang kampung selalu menuba ikan beramai-ramai pada musim kemarau.Mereka menuba sekali setiap tahun.Hasil tangkapan akan dibagi-bagi kepada semua penduduk kampung sama rata.

    Pada suatu hari,orang-orang kampung mula menyediakan alatan,perahu dan tuba untuk menuba seperti tahun-tahun sebelumnya.Pada kesibukkan mereka menyediakan semua kelengkapan,sekumpulan anak remaja mengusik seekor katak.

     0leh kerana semua orang dewasa sedang sibuk,mereka tidak sempat memantau anak-anak mereka dan mengingatkan mereka jangan mengusik binatang-binatang terutamanya Katak.

   Anak-anak remaja tadi telah mengikat tubuh katak tersebut dengan kain yang kelihatan seolah-olah bajunya.Selain itu mereka juga memberinya rantai leher yang diperbuat dari tali.Setelah itu,mereka bersorak riang dan bertepuk tangan.Katak yang tidak selesa dengan bunyi bising itu melompat-lompat cuba melarikan diri dari kerumunan anak-anak remaja itu.

  Melihatkan hal itu,mereka terus tertawa geli hati.Bagi mereka ,dengan rantai leher dan kain yang diikat pada tubuh si katak itu dia kelihatan semakin lucu.Tidak lama selepas itu,cuaca terus mendung dan berangin kencang.

    Penduduk kampung mulai sedar bahawa sesuatu yang berbahaya sedang berlaku.Mereka segera berlari mencari tempat perlindungan.Semakin lama angin semakin kuat disertai guruh yang kuat bergema.Cuaca pula makin gelap.

      Jauh dari kampung itu,terdapat sebuah keluarga yang tinggal di ladang untuk menebas meluaskan lagi kawasan ladang.Keesokan harinya,mereka pulang ke kampung untuk membeli beras.Namun sebaik sahaja sampai dikampung,Semua rumah dan orang kampung sudah bertukar menjadi batu.

    Di antara orang-orang yang telah bertukar menjadi batu itu,kelihatan seekor katak yang diikat menggunakan kain merah dan berantai tali mati dihempap batu.Keluarga tersebut akhirnya faham,mengapa semua kejadian itu berlaku dan meninggalkan kampung itu untuk memulakan kehidupan baharu.

    Walaupun kejadian itu sudah lama berlaku dan kampung yang telah disumpah itu sudah pun lenyap namun orang-orang tua masih sangat tegas melarang anak cucu mereka mengusik dan mentertawakan binatang sekali lagi.

Cerita Buaya dan Harimau

 

  Pada Zaman dahulu,di perkampungan Long Moh iaitu tempat tinggal bangsa Kenyah di Ulu Baram,ada dua orang adik-beradik yang selalu pergi 'Berburu-kepala'.

Cerita Pak Pandir dan Sekarung Garam


   Pada suatu hari,dirumah Pak Pandir telah kehabisan garam.Kebetulan pula malam itu mereka akan mengadakan kenduri kesyukuran menyambut kelahiran anak pertama Pak Pandir.Mak Andeh pun menyuruh
Pak Pandir ke pekan membeli sekarung garam.Tidaklah mereka berulang alik ke pekan lagi fikirnya.
''Pandir,bawa segantang beras untuk kau tukarkan buat membeli garam.,''Arahnya.

   Pak Pandir menurut arahan isterinya.Memandangkan malam ini mereka akan menjamu orang
kampung,malulah kalau lauknya tidak bergaram.Tanpa kata,Pak Pandir mengambil segantang beras lalu
berlalu pergi ke pekan.Perjalanan dari kampungnya mengambil masa satu jam.Jadi pulang balik kira~kira
dua jam.

   Setelah sejam lebih berjalan,akhirnya Pak Pandir pun sampai.Tanpa membuang masa dia segera
menyelesaikan tugasannya membeli garam dan bergegas pulang.Bimbang kalau nanti dia agak lambat
sampai ke kampung.Setengah jam berjalan,Pak Pandir mula keletihan.Panas mentari terasa perit
membakar kulit.Pak Pandir mulai haus dan lelah namun dia gagahkan juga kaki melangkah.




  Sebaik sahaja tiba disebuah sumur,Pak Pandir segera minum dan membasahkan dirinya.Sepohon
pokok yang agak rendang ditepi sumur itu sedikit sebanyak membantu menyejukkan dirinya.
''Baik aku berehat sebentar..lagipun setengah jam saja lagi aku sampai rumah.,''kata Pak Pandir
kepada diri sendiri.Garam yang dibelinya tadi dikerling sekilas.Pak Pandir memikirkan cara untuk
menyorok karung garam tersebut agar tidak dicuri orang sekiranya dia terlelap nanti.

  Fikir punya fikir,Akhirnya Pak Pandir mendapat idea yang dikiranya bernas.
Dia mengambil beberapa bongkah batu lalu menindih karung garam tadi didalam sungai.
Setelah itu,dia pun berehat sebentar tanpa perasaam bimbang.Setelah agak lama berehat,Pak Pandir
terkejut apabila sebatang ranting kering jatuh atas kepalanya.

  ''Ah..Sudah lama rupanya aku berehat.Baik aku pulang sekarang sebelum Andeh membebel.,''Bisiknya
pada diri sendiri.Dia mengangkat bongkah~bongkah batu tadi,lalu mengambil karung garam yang ditindihnya
disitu sebentar tadi.Dia pun meneruskan perjalanan membawa karung kosong itu ke rumah.Garam yang dibelinya
tadi sudah larut didalam air.

  Sebaik sahaja sampai dirumah,Mak Andeh sudah menunggu didepan rumah.''Lambatnya kau balik Pandir.
Aku dah siapkan lauk~lauk yang hendak dimasak.,''Katanya lalu mengambil Karung garam tadi dari
tangan Pak Pandir.Namun tanpa mengambil masa yang lama wajah Mak Andeh mencuka.''Kenapa karung
garam ni basah?.Garamnya pun tidak ada.,,''Soalnya kesal sambil memandang Pak Pandir.

  ''Alamak!..Aku sorokkan karung tu dalam air tadi sebab aku nak berehat sebentar.Aku tidak tahu
pula kalau garam tu boleh larut dalam air.,''balas Pak Pandir serba salah.Mak Andeh mengeluh.
Dia tahu Pak Pandir agak bodoh dan lembab jadi dia tidak boleh menyalahkan suaminya itu.Nampaknya
malam ini mereka berlaukkan sup ayam dan ikan tawar berkat kebodohan Pak Pandir.

Cerita Gagak dan Merak



          Pada zaman dahulu,warna burung gagak dan Burung Merak ialah putih tanpa sebarang warna.Bulu mereka sangatlah putih dan bersih.

   Dilanjutkan cerita,Pada suatu hari Burung Gagak terbang mencari makanan dan terjumpa sebuah pondok.Dihadapan pondok itu terdapat banyak baldi-baldi besar.Burung Gagak pun menghampiri pondok tersebut untuk memeriksa baldi-baldi tersebut.

    Setelah membuka penutup salah satu daripada baldi itu,dia terkejut kerana didalam baldi tersebut rupa-rupanya pewarna untuk mengecat.Alangkah gembiranya hati Burung Gagak.Dia segera terbang ke hutan kembali untuk mencari sahabat baiknya Burung Merak.

    Tidak lama kemudian kelihatan Burung Merak yang sedang tertidur di dalam sarangnya.Burung Gagak terus terbang menghampirinya."Merak?!.0h Merak?!!.Bangunlah..Aku ada berita gembira untuk kau..",ucap Burung Gagak girang.Burung Merak membuka matanya perlahan.

    "Kacaulah kau ni Gagak.Aku tengah asyik tidur.Apa dia berita yang gembira sangat tu??",soal Burung Merak malas.Burung Gagak pun menceritakan bagaimana dia menemui pondok tempat pewarna-pewarna tadi.Belum habis Burung Gagak bercerita,Burung Merak terus terbang menuju ke pondok yang di katakan oleh Burung Gagak sebentar tadi.Dia tidak sabar untuk mewarna bulunya yang putih kosong itu.Burung Gagak turut terbang mengikuti dari belakang sambil tertawa.

    Sebaik sahaja sampai,Burung Merak terus membuka baldi-baldi berisi pewarna itu untuk memilih warna yang disukainya.Apabila Burung Gagak sampai,dia terus meminta Burung Gagak untuk mewarnakan bulunya.Burung Gagak menurut setelah Burung Merak berjanji akan turut mewarna bulunya pula.

   Setelah Sejam mewarna bulu Burung Merak,Burung Gagak pun menyudahkan kerjanya.Burung Merak yang kelihatan putih bersih selama ini itu sudah kelihatan begitu cantik dan berwarna-warni.

    "Sekarang,giliran ku.Aku mahu warna hitam di hujung sayapku.",kata Burung Gagak sambil menunjukkan baldi yang berisi pewarna hitam itu kepada Burung Merak.Burung Merak menurut.

      Namun ketika baru sahaja mahu mewarna hujung sayap Burung Gagak dengan pewarna itu ,pemilik pondok tersebut keluar dari pondok dengan membawa senapang patah ditangan.Burung Merak yang terkejut lantas menolak Burung Gagak ke dalam Baldi berisi pewarna Hitam tadi sebelum terbang pergi.



     Sebab itulah sehingga kini,Burung Gagak bewarna hitam dan hodoh sementara Burung Merak pula cantik dan berwarna-warni.Burung Gagak juga tidak lagi bersahabat dengan Burung Merak kerana hal itu.

Cerita kerbau dan Harimau



    Pada zaman dahulu,disebuah hutan terdapat seekor harimau yang ganas dan suka menganggu ketenteraman binatang-binatang lain di hutan itu.Semua binatang takut kepadanya kecuali Sang Kancil.

   Pada suatu hari,ketika sedang memburu makananannya,Harimau dihempap sebatang kayu yang besar.Harimau menjerit-jerit meminta pertolongan namun tiada seekor pun binatang yang sudi menolongnya.

   Setelah hampir mati kesakitan,Sang Kerbau yang kebetulan lalu dikawasan itu datang          

menolongnya.Dengan tubuhnya yang besar dan sasa serta tanduk panjangnya yang kuat itu,senang sahaja bagi Sang Kerbau untuk mengangkat kayu yang menghempap tubuh Harimau itu.



      Harimau yang telah terlepas dari hempapan kayu tadi terus menyambar kaki Sang Kerbau pula.Dia tidak menghargai langsung pertolongan Sang Kerbau kerana dia lebih mementingkan nafsu makannya.Sang Kerbau terkejut lalu menjerit meminta pertolongan dan cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri namun gigitan Harimau terlalu kuat mencengkam kakinya.

    Sang kerbau berasa sangat menyesal kerana menolong Harimau itu sebentar tadi.Namun ketika Harimau sudah mahu mengigit lehernya,Sang Kancil muncul sambil menunduk hormat.

   "Ampun Tuanku Raja Harimau.Hamba Sang Kancil sedang mencari makanan disekitar sini kemudian terdengar jeritan Sang kerbau lalu Hamba kemari.",kata Sang Kancil penuh hormat sambil sempat melihat ke arah Sang Kerbau yang sudah pun terduduk keletihan dan kesakitan.

   Harimau memandang ke arah Sang Kancil lalu mengukir senyuman kemudian tertawa.
"Beta ingin bersantap.",balasnya sambil menunjuk ke arah kerbau yang terduduk itu.Harimau juga dengan bangganya membahasakan dirinya sebagai "Beta" setelah mendengar Sang Kancil memanggilanya "Tuanku" sebentar tadi.

    Sang Kancil tersenyum."Kalau Tuanku yang Maha Mulia tidak keberatan,bolehkah melakonkan semula apa yang terjadi sekali lagi supaya Hamba faham??",soal Sang Kancil mengatur strategi untuk menyelamatkan Sang Kerbau.Harimau terdiam seketika untuk mempertimbangkan permintaan Sang Kancil.

    Setelah lama,berfikir dia akhirnya bersetuju.Sang Kancil pun mengarahkan Sang Kerbau Meletakkan kembali kayu tadi diatas tubuh Harimau seperti pada awalnya. Sesudah itu,Sang Kancil pun memandang Sang Kerbau dengan senyuman.

   "Sepatutnya binatang macam Harimau ni tak layak untuk kau bantu,Kerbau.Aku harap lain kali kau akan lebih berhati-hati",Kata Sang Kancil seraya menasihati Sang Kerbau kemudian berlalu pergi meninggalkan mereka.

    Sang Kerbau memandang Harimau yang sedang kesakitan dibawah pokok kayu besar itu dengan rasa kasihan.Walaupun begitu,dia memutuskan untuk membiarkan Harimau tanpa menolongnya sekali lagi.Sang Kerbau turut mengatur langkah pergi tanpa memperdulikan raungan kesakitan Harimau.

    Lama kelamaan raungan kesakitan Harimau pun hilang.Apabila esok harinya tiba,Harimau sudah pun mati dibawah hempapan pokok kayu itu.



(Moral of the story:Buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat)..

Cerita Helang dan Ayam

 
    Pada Zaman dahulu,Helang dan ayam bersahabat baik.Mereka sering bersama-sama setiap hari.Walaupun begitu,Ayam tidak boleh terbang seperti Helang.

     Maka pada suatu hari,apabila Helang mengunjungi Ayam seperti biasa,Ayam cuba mengorek rahasia bagaimana Helang boleh terbang."Sahabatku,kita sama-sama punya sayap tapi kau boleh terbang dan aku pula tidak.Bolehkah kau mengajariku cara kau terbang??",soal Ayam berhati-hati.Dia selalu mencemburui Helang yang sering terbang nun jauh tinggi di udara.

      Helang mengeluh.Dia serba salah untuk memberitahu Ayam."Kau boleh terbang juga sahabatku.Cuma kau tidak berusaha.",Dalih Helang.Ayam pula mengeluh.Dia tahu Helang menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.

     "Baiklah..Mulai hari ini aku akan berusaha keras supaya boleh terbang seperti Kau.",Kata Ayam penuh semangat.Dia tahu dia tiada pilihan lain selain mencuba sedaya-upaya dengan harapan Helang akan mengasihaninya.Helang hanya tersenyum.

    Mulai hari itu,Ayam sering mencuba terbang walaupun berkali-kali jatuh.Dia sengaja mencari tempat yang tinggi-tinggi untuk mencuba terbang supaya Helang kasihan melihatnya jatuh kesakitan setiap kali.Hari demi hari Helang yang baik hati itu,akhirnya memberitahu rahasianya boleh terbang kepada Ayam.

    Ayam berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk terbang seperti Helang.Helang menyerahkan kepadanya Jarum ajaib yang digunakan untuk menjahit kedua-dua belah sayapnya yang menjadi punca untuk dia boleh terbang itu."Jarum ini adalah harta warisan turun temurun ku.Jadi janganlah kau menghilangkannya walau atas sebab apa sekali pun kerana aku tidak akan pernah memaafkan mu untuk itu.",Kata Helang tegas sebelum terbang pergi.


   Ayam bersorak gembira.Setelah siap menjahit kedua-dua belah sayapnya itu nanti dia juga akan menjadi seperti Helang.Tanpa membuang masa,Ayam menjahit Sayap kanannya terlebih dahulu.Awan yang mulai mendung tidak diperdulikan kerana dia begitu teruja untuk terbang seperti Helang.

    Semasa masih belum habis menjahit Sayap Kanannya,hujan mula turun perlaha-lahan sebelum menjadi lebat.Walaupun demikian,Ayam masih tidak berganjak dari tempatnya dan teruskan kerja menjahit sayapnya.Dia terus lupa amaran Helang agar tidak menghilangkan Jarum ajaib warisan keluarganya itu.

     Tidak lama kemudian,Ayam siap menjahit Sayap Kanannya.Ketika ingin mula menjahit Sayap Kirinya pula,guruh berdentum kuat bergema membuatnya terkejut lantas melepaskan Jarum yang dipegangnya tadi ke tanah.Disebabkan Hujan yang deras dan cuaca yang mendung,Ayam tidak dapat mencari Jarum tersebut sehinggalah ke hari ini.

     Apabila Helang datang untuk meminta Jarumnya keesokkan hari,Ayam memberitahu bahawa dia terhilangkannya dan memohon maaf kepada Helang.Namun Helang sangat marah kerana dia telah pun memberi amaran kepada Ayam agar tidak menghilangkan Jarumnya itu semalam dan memutuskan persahabatan mereka.

     "Mulai hari ini,kau dan aku bukan lagi Sahabat.Aku akan memusuhi semua keturunanmu sehinggalah kau menemui kembali Jarum ajaibku!!",teriak Helang marah sebelum terbang pergi dengan dendam.Ayam pun berasa sangat bersalah dan menyesal kerana ketamakkannya untuk terbang sehingga melupakan amaran Helang agar tidak menghilangkan jarumnya.Dia boleh sahaja menjahit sayapnya itu hari ini,namun kerana terlalu gopoh untuk terbang dia terus menjahitnya dalam keadaan cuaca yang mendung dan hujan.

   0leh sebab itu,sehinggalah keh hari ini Ayam selalu disambar oleh Helang ketika berkeliaran mencari makanan.Dan Ayam juga hanya boleh terbang rendah sahaja kerana tidak sempat menjahit kedua-dua belah sayapnya.Selain itu,sehingga ke hari ini Ayam sering menunduk mematuk-matuk tanah untuk mencari Jarum Helang yang telah hilang dengan harapan untuk menemuinya kembali.
 

Cerita Beruang dan kura-kura



    Alkisah bermula di Sebuah hutan berdekatan dengan Kampung Rambutan Manis.Dihutan itu,terdapat seekor beruang yang ganas tetapi bodoh dan sombong.Semua binatang dihutan sangat gerun kepadanya kecuali Sang kura-kura.

     Maka pada suatu hari,Ketika beruang sedang meminum air di sungai,Sang Kura-Kura berenang menghampirinya.Beruang yang sedang meminum air itu tidak memperdulikan kehadiran Sang Kura-Kura.

       "Bukankah kau kena meminta kebenaran dari ku untuk meminum air di sungai ini?",soal Sang Kura-Kura memulakan perbualan.

     "Hahaha..Apa yang Kau melawak pagi-pagi ni lembab?!!.Aku tak perlu kebenaran siapa-siapa untuk memakan tumbuhan dan meminum air dihutan ini.!!,"tengking Beruang Kasar.Tawa sinis dilepaskan.Walaupun begitu,Sang kura-Kura kelihatan tenang dan santai sahaja.Tengkingan Beruang tidak sedikit pun menakutkannya.

     "Kau memang tidak tahu malu Beruang.Patutlah kau tidak ada kawan selama ini.Semua binatang muak dengan perangai Kau!",Balas Sang Kura-Kura.Sengaja dia berkata begitu untuk menaikkan lagi kemarahan Beruang.Padahal dia tahu,binatang-binatang dihutan itu takutkan Beruang.

    Beruang merengus marah.Tanpa bertangguh dia terus menyambar Sang Kura-Kura dari sungai kemudian dihempaskan kasar ke tanah.Sang Kura-Kura bernasib baik kerana cengkerangnya cukup kuat untuk melindungi tubuhnya.

   "Aku akan bunuh kau sekarang juga bangsat!",marah Beruang.Dia terus mencapai sebongkah batu besar untuk dihempaskan ke belakang Sang Kura-Kura.

   Sang Kura -Kura panik melihat kemarahan Beruang namun cuba bertenang.Dia tahu silap sedikit sahaja nyawanya akan melayang saat ini.

     "Kau boleh bunuh aku Beruang tetapi sebelum itu aku ada permintaan terakhir.,"ucap Sang Kura-Kura perlahan.Berpura-Pura sedih.Beruang melepaskan kembali batu tadi.

     "Baiklah.Aku taklah kejam sangat.Kau nak apa??",soal Beruang lalu mengambil Sang kura-Kura kemudian dia memegang erat cengkerangnya.Dia tidak mahu Sang Kura-Kura melepaskan diri ke sungai.Sang Kura-Kura berpura-pura menangis pula.

   "Sebenarnya arwah datuk aku pernah bagitahu aku rahasia besar.Rahsia yang boleh menyebabkan kita menjadi kuat,dihormati dan hidup abadi selamanya.",Tipu Sang Kura-Kura dalam 'sendunya'.

      Beruang terus ceria.Mendengarkan kata-kata Sang Kura-Kura tadi, dia jadi tidak sabar ingin tahu apakah rahasianya.
"Benarkah begitu Sang Kura-Kura??.Kalau benar,aku tidak akan membunuhmu dengan syarat kau beritahu aku rahasia apakah itu",katanya tidak sabar namun sempat mengugut Sang Kura-Kura.Sang Kura-Kura tersenyum kecil.Nampaknya Beruang sudah termakan 'umpannya'.

     ''Baiklah, Beruang!.Didalam hutan sana terdapat sepohon Durian besar.Walaupun begitu,pokok Durian itu bukanlah sebarang pokok kerana pokok Durian itu adalah tempat tersimpannya Tali pinggang Raja sulaiman.",Sang Kura-Kura mulai mereka cerita.

      Dia tahu di dalam hutan itu terdapat sepohon Pokok Durian besar yang didiami oleh seekor ular sawa yang sangat besar dan kuat.0leh itu,dia sengaja berkata begitu untuk mengenakan Beruang.

    Beruang bersorak girang.Dia sudah membayangkan dia akan menjadi raja di rimba itu dan dihormati oleh semua Haiwan-haiwan."kalau begitu,tunjukkan aku tempatnya.Setelah itu,aku akan biarkan kau pergi.",katanya.Sang Kura-Kura mengangguk setuju.Setelah itu ,Beruang pun berjalan membawa Sang Kura-Kura meredahi hutan tebal itu menuju ke destinasi.

     Sesampainya di bawah Pokok Durian itu Kelihatan ekor ular sawa besar itu terjuntai dari dahan pokok ke bawah.Sang Kura-Kura terus menunjuk ke arah Ular sawa yang sedang tidur itu.

     "Itu adalah tali pinggang yang aku maksudkan.Aku pernah cuba mengambilnya sebelum ini ianya terlalu tinggi untuk ku capai.",ucap Sang Kura-Kura lirih.Wajah sedih dipamerkan.Beruang ketawa kecil.Dia begitu gembira kerana dia akan mengambil 'Tali pinggang' itu hari ini juga.


    "Sudahlah Kura-Kura.Kau memang tak layak memakai tali pinggang itu.Dah!! berambus dari sini sebelum aku berubah fikiran!!",tengking Beruang kemudian.Wajah bengis dipamerkan kepada Sang Kura-Kura.Dia sudah tidak Sabar untuk memakai 'Tali pinggang' itu.Kulit ular sawa yang berkilat itu dan bercorak itu membuatnya kelihatan benar-benar cantik.Sang Kura-Kura terus melangkah pergi dengan senyuman.

      Tidak lama selepas itu,kedengaran jeritan Beruang kuat membelah hutan.Sang Kura-Kura tertawa halus.Dia tahu Beruang telah pun memakai 'Tali Pinggang' Raja Sulaiman itu sebentar tadi.Sang Kura-Kura meneruskan perjalanan sambil bernyanyi girang kerana dia tahu Beruang itu tidak akan pernah kembali lagi.


Friday 15 September 2017

Arnab dan Kura-Kura


    Pada zaman dahulu,disebuah hutan tebal terdapat seekor arnab yang sangat angkuh dan bongkak.Dia terkenal kerana sering memperlekehkan binatang-binatang yang lain didalam hutan itu.Dia sering membuat masalah kemana sahaja dia pergi.

     Pada suatu hari,Arnab yang kebosanan mencari mangsa usikkannya.Dia begitu bosan kerana sudah sehari dia tidak
menganggu binatang-binatang lain kerana mereka menghindarkan diri darinya.Walaupun terkadang berselisih dengan harimau dan beruang,namun dia tidak berani menganggu mereka.Dia hanya berani menggangu binatang-binatang yang kecil dan tidak ganas.

     Setelah lama berjalan,Arnab keletihan lalu merehatkan diri dibawah sepohon pokok yang besar.Dia sudah puas mencari namun tiada satu pun binatang kecil yang dijumpainya.Arnab berasa sangat kecewa.Walaupun begitu,kekecewaan Arnab tidak berpanjangan kerana seekor Kura-Kura muncul dan berjalan kearah bertentangan dengannya.Arnab terus kembali ceria.
 
     "Kau rupanya Kura-Kura.Aku ingatkan batu tadi.Yalah,kau kan perlahan sangat bergerak manalah aku tahu kau haiwan.Dah dekat ni baru aku perasan.",kata Arnab sempat menyindir Kura-Kura.

     Kura-kura hanya mampu mengeluh.Dia tahu sangat akan perangai Arnab.Kura-Kura meneruskan perjalanan tanpa berniat untuk menjawab kata-kata Arnab.Dia tahu yang dia tidak akan menang bila berperang mulut dengan binatang yang seekor itu.  

    Arnab mengerutkan wajahnya apabila kura-kura kelihatan begitu bersahaja tanpa memperdulikan kata-katanya.
   "Aku ingatkan kau bergerak perlahan je selama ni.Tapi selain lembab,kau ni pekak juga rupanya.Malangnya nasib kau Kura-Kura.Sudahlah lembab,pekak pula tu!",kata Arnab lagi.Sengaja dia berkata begitu untuk menyakitkan hati Kura-Kura.

     Kura-Kura menghentikan langkahnya.Pandangan dihalakan kepada si Arnab yang sudah tersengih-sengih puas hati kerana berjaya mengalih perhatiannya itu.
     "Sudah-sudahlah menggangu binatang lain Arnab.Kau tak rasa bosan ke asyik menyakitkan hati binatang lain hari-hari??",Soal Kura-Kura sedikit marah.

    Arnab tertawa menyindir.Soalan Kura-Kura kedengaran begitu melucukan baginya.
    "Bosan??!..Hei!!..Aku lebih bosan kalau tak ganggu korang tau?!!.Binatang-binatang lemah macam korang ni,memang patut dijadikan bahan mainan untuk kami yang lebih kuat dan gagah!",tempelak Arnab kasar.

     Kura-Kura mulai hilang sabar.Selama ini dia hanya membiarkan sahaja Arnab berbuat sesuka hatinya namun nampaknya,Arnab perlu diajar.Kura-Kura menjeling Arnab dengan pandangan sinis.
 
    "Kuat dan gagah??!..Hahaha..Badan macam ni dikatakan kuat dah gagah??!.Memang perasan betullah kau ni Arnab.Yang boleh dikatakan gagah tu,Harimau.",sindir Kura-Kura berani.

    Dia tahu kalau Arnab memukulnya sekalipun,dia tidak akan berasa sakit.Cengkerang dibelakangnya sudah cukup keras untuk dijadikan perisai melindungi tubuhnya.Arnab merengus marah.

     Kura-Kura tersenyum melihat perubahan wajah bongkak Arnab.Dia yakin yang binatang itu sangat marah sekarang,namun dia sedikit pun berasa takut.
   "Kurang ajar kau Kura-Kura.Dah pandai menjawab ya?!..sekurang-kurangnya aku pantas berlari.Kau,apa kau ada?!!",marah Arnab.Mahu saja dia mencekik leher Kura-Kura namun disabarkan hatinya.Kura-kura ketawa perlahan.
 
    "Aku memang tak pantas berlari tapi aku boleh hidup dua alam.Aku boleh hidup kat darat tapi aku juga boleh hidup kat air.Kau dapat??.Lagi satu kalau hujan lebat sekalipun,aku tak perlu susah-susah cari tempat berlindung tau??!.Aku boleh masuk je dalam cengkerang aku ni.Dah selamat.Kau ada??!!",balas Kura-Kura sinis lalu kembali meneruskan perjalanannya sambil bernyanyi riang.Lapang hatinya kerana
berjaya mengenakan Arnab hari ini.

     Arnab yang mendengar kata-kata Kura-Kura tadi terus berasa malu.Dia terlalu riak dengan kebolehan diri sendiri hingga terlupa yang setiap binatang yang lain jug ada kelebihannya tersendiri.

      0leh kerana berasa sangat malu,Arnab terus menghilangkan diri ke dalam hutan belantara yang tebal tanpa kelihatan dimana-mana lagi.Sepeninggalan Arnab,binatang-binatang kecil dan lemah dihutan itu kembali gembira dan tenang.Mereka boleh menjalani kehidupan sehari-hari tanpa ada gangguan lagi.

Tuesday 12 September 2017

Angan-angan Mat Jenin


      Pada Zaman dahulu ,disebuah kampung terdapat seorang pemuda bernama Mat Jenin.Dia sangat dikenali diseluruh kampung kerana suka berangan-angan.Mat Jenin merupakan seorang pemuda yang pemalas tetapi selalu berangan untuk menjadi kaya raya.Dia menghabiskan hari-harinya hanya dengan berangan-angan.


    Pada suatu hari,Ketua kampung yang bernama Pak Mat ingin memetik kelapa namun pokok kelapanya terlalu tinggi.0leh itu,dia  ingin meminta pertolongan Mat Jenin.
    "Panjang umur kau Mat.Aku baru mahu ke rumah kau.",kata Pak Mat dengan gembiranya apabila melihat Mat Jenin berjalan sambil bercakap-cakap sendiri dihadapan rumahnya.Mat Jenin menghentikan langkahnya.

   Pak Mat mengatur langkah menghampiri Mat Jenin.
   "Ada apa Tok??.,"soal Mat Jenin apabilaPak mat sudah berdiri dihadapannya.Ketua Kampung itu mengukirkan senyuman.Bahu Mat Jenin ditepuk-tepuk perlahan.

   "Kau tolong aku petik kelapa kat belakang rumah tu.Nanti aku berikan daging kambing sebagai balasannya.",Kata Pak Mat sambil menunjukkan pokok kelapa yang tinggi melangit dibelakang rumahnya.Mat Jenin tersenyum.Dia sudah lama tidak merasa daging kambing.


    Mat Jenin membetulkan kopiahnya.Senyumannya makin lebar membayangkan daging kambing yang dijanjikan oleh Pak Mat itu sebentar tadi.
   "Baik Pak Mat.Saya akan petik sekarang juga.",kata Mat Jenin lalu meminta diri untuk memanjat pokok kelapa yang tinggi itu.
   "Jangan berangan kat atas pokok kelapa tu pula.Bahaya.",pesan Pak Mat sebelum bayangan Mat Jenin menghilang ke belakang rumah.

 
      Sebaik sahaja sampai dibelakang rumah,Mat Jenin terus memanjat kelapa itu dengan penuh semangat.Demi daging kambing yang dijanjikan.Sampai sahaja diatas,dia terus memetik buah kelapa satu persatu.Dalam kekhusyukkan memetik kelapa,dia terlihat anak gadis Pak Mat yang menjadi idaman para jejaka dikampung itu menjemur baju Tanpa sedar dia mula berangan-angan.

       Mula-mula,Mat Jenin memetik dan menjual kelapa.Setelah itu dia membeli kambing.Akhir sekali dia membeli lembu dan menjadi saudagar yang menjual daging.Dia mulai dikenali oleh saudagar-saudagar yang lain dan dihormati semua orang.Berderet-deret anak gadis yang menawarkan diri untuk menjadi isterinya.

      Duit dan emas permata memenuhi rumahnya dan dia tidak lagi berjalan kaki kemana-mana sebaliknya menunggang kuda dan unta.Mat Jenin tersenyum lebar dengan kekayaannya.Kemudian dia melamar anak gadis Pak Mat untuk dijadikan isteri dan hidup kaya dan bahagia selamanya.


     "Aku kaya!!!!!.",jeritnya diatas pokok kelapa itu keriangan.Kedua-dua tangannya diangkat tinggi 'meraikan' kekayaan yang hanyalah angan-angan itu sebentar tadi.

   Mat Jenin begitu gembira hingga terlupa yang dia sebenarnya masih memetik kelapa dan begitu tinggi kedudukannya diatas pokok.0leh kerana  dia sudah melepaskan pautannya pada pokok kelapa itu,tubuhnya hilang imbangan lalu terus jatuh melayang kebawah.Akhirnya Mat Jenin mati kerana angan-angannya.

Bunga Mawar dan Pokok Kaktus



      Pada zaman dahulu kala,disebuah  hutan terdapat sebatang pokok Bunga Mawar liar yang tumbuh cantik dan wangi.0leh itu,Bunga Mawar tersangatlah angkuh dan memegah diri.Dia juga sangat jijik dengan tumbuh-tumbuhan lain yang berdekatan.

    Maka dilanjutkan lagi cerita,seorang pemuda membawa sepohon kaktus lalu menanamnya bersebelahan dengan Bunga Mawar ketika sedang berburu.Sejak hari itu,Bunga Mawar memusuhi pokok Kaktus kerana rupanya yang hodoh dan berduri seluruh pohon.



    "Jijiknya.Kenapalah pemburu itu membawa dan menanam kau disini?!.Kau merosakkan kecantikkan dan reputasi aku.!",marahnya kepada pokok kaktus itu.Dia yang sebelum ini kelihatan sangat cantik,tiba-tiba kelihatan buruk dengan kehadiran Pokok kaktus itu.Manakan tidak,Pokok kaktus itu betul-betul ditanam bersebelahan dengannya.


    Pokok Kaktus hanya mendiamkan diri walaupun dia terasa hati dengan kata-kata Bunga Mawar.Dia mengakui yang Bunga Mawar kelihatan Sangat cantik dan dia sangat kagum dengan harumannya yang wangi semerbak itu.0leh itu,dia hanya membiarkan Bunga Mawar memarahinya tanpa menjawab atau berperang mulut dengannya.

        Pada suatu hari,musim kemarau telah              tiba.Hutan yang dulunya hijau kini                                   perlahan-lahan berubah
keperangan.Rumpu-rumput dan tumbuh-tumbuhan mula layu.Daun-daun juga banyak yang gugur ketanah.Tanah pula merekah dan kering tanpa setitik air sekalipun.Bunga Mawar yang dulunya cantik juga turut layu kerana kepanasan yang melampau.Namun Pokok Kaktus masih berdiri megah tanpa terkesan oleh perubahan cuaca itu.

    Bunga Mawar sudah berasa sangat haus dan lelah.Dia benar-benar sudah tidak mampu menanggung rasa haus dan panas sang mentari yang tidak berbelas kasihan.
   "Tolonglah aku kaktus.Aku terlalu haus dan lelah.Berilah aku sedikit air.Aku minta maaf sebab sering memarahi dan memperlekehkan kau.Tolonglah.",akhirnya tanpa malu dia merayu Pokok Kaktus yang sangat dibencinya itu.Dia tidak menyangka sama sekali disebalik rupa hodoh Pokok Kaktus,dia mempunyai kelebihan tersendiri iaitu tahan panas dan kemarau.

    Pokok Kaktus tersenyum.Dia sebenarnya tidak menaruh dendam kepada Bunga Mawar cuma dia ingin Bunga Mawar yang angkuh itu menyedari kesilapannya dan tidak lagi menilai sesuatu melalui rupanya.
   "Baiklah Mawar.Aku akan berikan.Cuma satu saja pesananku.Jangan pernah menilai sesuatu berdasarkan rupanya kerana disebalik rupanya tiada siapa yang tahu.",kata Kaktus sebelum memberi air kepada Bunga Mawar.

    Bunga Mawar kembali segar.Sepanjang kemarau itu ,dia banyak bergantung kepada Pokok Kaktus dan mereka mula bersahabat baik.Apabila musim kemarau sudah habis,Bunga Mawar tetap bersahabat denga Pokok Kaktus tanpa mengungkit rupanya lagi.Kerana dia mula sedar,setiap sesuatu mempunyai kelebihan dan kekuragannya tersendiri.Maka habislah cerita Bunga Mawar dan Pokok Kaktus.

Sang Kancil dan Buaya


     Pada zaman dahulu,disebuah hutan terdapat seekor binatang yang sangat cerdik bernama Sang Kancil.Sang Kancil merupakan tempat untuk mengadu bagi binatang-binatang yang lain sekiranya ditimpa musibah.0leh itu,Sang Kancil
sangat terkenal diseluruh rimba.

   Dipendekkan cerita,suatu hari Sang Kancil sedang mencari makanan ditepi sungai.Tidak jauh dari sungai itu terdapat sepohon rambutan yang tengah masak ranum.Sang Kancil cukup bertuah kerana bergitu banyak biji rambutan yang sudah gugur ke tanah.Maka tanpa perlu bersusah payah mencari makanan,dia memakan buah-buah itu sehingga kenyang.

     Setelah selesai makan ,Sang Kancil berasa haus pula.Tanpa mengesyaki apa-apa,Sang Kancil menghampiri tebing sungai untuk meminum air.Ketika sedang asyik minum,seekor buaya muncul dihadapannya.Sang Kancil terkejut,namun tidak berani melarikan diri.
 
   "Hahaha..Habislah kau Kancil.Aku dah lapar 3 hari,dan hari ini rezeki aku datang sendiri.Aku takkan lepaskan kau Kancil!",kata buaya lalu terus menyambar 'kaki' Sang Kancil.Jeritan Sang Kancil kedengaran.

     Sang Kancil tersenyum kecil apabila melihat 'kakinya' yang disambar buaya itu rupanya ranting kayu yang berlonggok ditepinya.Namun dia harus berpura-pura sakit supaya buaya tidak perasan kesilapannya.
 
    "Sebelum kau makan aku wahai sang buaya yang bijaksana,izinkan aku menyanyikan sebuah lagu untuk kali terakhir.",kata Sang Kancil seolah-olah merayu.Buaya yang tidak pernah dipuji itu,terus berasa bangga.Selama ini,sakit telinganya mendengar binatang-binatang dihutan itu asyik memuji-muji kebijaksanaan Sang Kancil.
 
     "Baiklah tapi sudahkan lagu itu cepat sedikit.Aku sudah tidak sabar untuk meratah daging kau yang sedap ni.!",balas buaya megah tetapi masih tidak melepaskan 'kaki' Sang Kancil yang sebenarnya hanyalah ranting kayu yang digigitnya itu.


      Sang Kancil tersenyum sendiri dengan kebodohan Sang buaya.Tanpa membuang masa ,Sang Kancil mula bernyanyi.
        "1,2 dan tiga..Sang Kancil bijaksana..Silapnya cuma sikit,buaya salah gigit..itu bukan kakiku,hanyalah kayu..",nyanyi Sang Kancil kemudian terus memecut melarikan diri dari Sang buaya yang baru menyedari kesilapannya itu.

        Sang buaya yang baru terlepas makanannya itu,berasa sangat geram dan marah.Walaupun begitu tiada apa-apa yang boleh dilakukan kerana Sang Kancil sudah pun menghilang dibalik semak.Buaya terpaksa akur menunggu mangsa yang lain pula.Begitulah pengakhiran kisah Sang kancil dan buaya.

Pak pandir dan belalang rusa





   
    Pada suatu hari,Mak Andeh mengidam ikan untuk makan tengahari.Dia yang baru 2 minggu mengandung itu,sangat teringin untuk makan berlaukkan ikan.Dia sudah bosan asyik berlaukkan paku pakis dan rebung buluh.
    "Pandir?,aku rasa teringin sangat nak makan ikan.Tolonglah pergi memancing pagi ini.Dapat seekor dua ikan pun sudah memadai.",katanya kepada Pak Pandir yang masih mamai sebab baru bangun dari tidur itu.
   
      Pak Pandir menguap lalu meregang-regangkan badannya.Cahaya matahari baru sahaja muncul samar-samar.Rasa sejuk akibat embun pagi masih terasa.
   "Baiklah Andeh.Tapi aku tidak tahu mahu memberi apa sebagai umpan.",katanya sambil menenyehkan matanya yang masih 'berkarat' dengan tahi mata.

     Mak Andeh tersenyum.Gembira rasa hati apabila Pak Pandir tidak membantah permintaanya.
   "Umpan banyak.Tapi yang paling senang,dalam perjalanan ke sungai nanti kau tangkap saja belalang rusa.Ikan gemarkan belalang rusa dan cacing.",balas Mak Andeh lalu segera mengambil joran didapur dan diserahkan kepada Pak Pandir.
 
     Dia tidak mempelawa suaminya itu bersarapan seperti biasa kerana dia sudah tidak sabar untuk meratah ikan segar.Pak Pandir hanya mengangguk.Perlahan-lahan langkah diaturkan keluar rumah.Perut yang lapar dibiarkan sahaja kerana tidak mahu menghampakan permintaan isterinya itu.


   Dalam perjalanan ke sungai yang kira-kira 2 kilometer dari rumah Pak Pandir asyik menghafal nama 'Belalang rusa' berkali-kali sehinggalah yang melekat dalam fikirannya hanya nama 'Rusa'.Joran ditangannya dipegang kemas.Belalang rusa yang begitu banyak diatas daun-daun keladi di tepi jalan tidak dihiraukannya kerana umpan yang disuruh Mak Andeh ambil tadi adalah 'Rusa' fikirnya.

      Dia sudah lupakan 'Belalang'.Sebaik sahaja tiba di sungai kelihatan seekor rusa asyik meminum air tanpa menyedari kehadirannya. Pak Pandir begitu gembira kerana 'umpannya' untuk memancing sudah ada didepan mata.

    Tanpa membuang masa,Pak Pandir sepantas kilat menangkap rusa tadi lalu mengikat kakinya menggunakan akar yang berdekatan.
    "Kau akan ku jadikan umpan wahai encik rusa.Harap-haraplah aku dapat ikan yang besar.Tentu Andeh gembira nanti.",kata Pak Pandir girang lalu mencangkukkan mata kail pada belakang rusa itu sebelum dilemparkan ke sungai.Dia kemudiannya melabuhkan punggung keatas tanah sambil menunggu 'umpannya' itu dimakan ikan.

   Rusa yang kesakitan dan hampir lemas itu asyik berbunyi dan meronta-ronta untuk melepaskan diri.Pak Pandir panik.Dia bimbang bunyi dan rontaan rusa itu akan menghalau ikan-ikan disungai itu.Pantas dia bangun.

     "Jangan bising kau rusa!.Duduk saja diam-diam.Nanti kalau dah dapat ikan aku lepaskanlah kau semula.Tolonglah aku.",kata Pak Pandir separuh merayu.Dia merasakan harapan untuk menangkap ikan sudah tipis kerana ' umpannya' itu asyik mengeluarkan bunyi bising.

     "Apa yang kau buat ni Pandir?",soal Mak Andeh bersama sebungkus ubi rebus ditangan.Dia rasa serba salah kerana membiarkan suaminya itu keluar memancing tanpa bersarapan terlebih dahulu awal pagi tadi lalu memutuskan untuk membawa sarapan untuk suaminya itu.
     
       Namun sebaik sahaja sampai, dia terkejut apabila melihat suaminya itu sedang duduk 'memancing' berumpankan seekor rusa yang sudah kelihatan hampir lemas. Pak Pandir segera menoleh.
   "Aku memancing dari tadi tetapi rusa ni asyik menjerit saja.",katanya serba salah.Fikirnya Mak Andeh akan kecewa dengannya.Mak Andeh menggeleng-gelengkab kepalanya.Kebodohan Pak Pandir kadangkala sangat menyebalkan.


   Mak Andeh meletakkan bungkusan ubi tadi ke tanah.
   "Kalau sudah ada rusa untuk apa lagi mencari ikan?.Rusa ini sudah cukup untuk lauk sebulan ini kalau disalai.",kata Mak Andeh perlahan.Pak Pandir mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.Dia bingung memikirkan kata-kata Mak Andeh.
 
     "Bukankah pagi tadi kau suruh aku memancing berumpankan rusa??",Soalnya inginkan kepastian.Mak Andeh mengeluh.
   "Sudahlah Pandir.Keluarkanlah rusa itu dari air untuk disembelih.Aku tidak perlu ikan lagi kalau sudah ada rusa.Dagingnya juga sedap.",balas Mak Andeh lalu merampas joran ditangan Pak Pandir.Dia menarik joran tersebut berhati-hati supaya tidak patah.

     Pak Pandir yang kebingungan turut serta menolong isterinya menarik joran ke tebing.
    "Nah!.Kau bawa balik ni rusa buat lauk kita sebulan ini.Nanti sudah kau sembelih kita salai.Lagi satu,yang aku cakapkan untuk buat umpan pagi tadi belalang rusa.Bukannya rusa.",sempat Mak Andeh berkata setelah rusa yang dibuat umpan tadi sudah berada ditebing sungai.

     Dia mengambil kembali bungkusan ubi yang dibawa buat bekal Pak Pandir sebentar tadi sebelum melangkah pulang tanpa pamit.Pak Pandir menepuk dahinya kuat.Dia marah dengan kebodohan dirinya sendiri.Rusa tadi dipandang sebelum dia mengeluh berat.
   "Belalang rusa.Bukannya rusa.Aduhai Pandir-Pandir..",katanya lalu mengangkat rusa tadi sebelum memikul membawanya pulang.Jorannya ditinggalkan sahaja disitu setelah mengeluarkan mata kail dari belakang si rusa.

      Walaupun tidak mendapat ikan pada hari itu,namun dia sangat bersyukur menangkap tangkapan yang lebih besar.Seperti kata Mak Andeh tadi,kalau sudah disalai daging rusa itu dapat dijadikan lauk untuk sebulan.Maka tamatlah ceritera Pak Pandir dan Belalang rusa.

Pak Pandir dan pisang bakar






     Pada suatu hari,di Kampung Beringin pendam Pak Pandir dan isterinya Mak Andeh sibuk mengerjakan ladang padi mereka.Mereka bertungkus lumus merumput supaya anak padi yang baru bercambah tidak ditenggelami rerumput ataupun tumbuhan liar yang lain.Mereka begitu khusyuk bekerja sehinggalah ke tengahari.

     Setelah sudah tidak tahan melawan keterikkan mentari dan rasa lapar mereka akhirnya berhenti.Pak Pandir membawa perkakas-perkakas yang digunakan untuk merumput sebentar tadi ke pondok manakala Mak Andeh pula bergegas ke kebun mereka yang berdekatan dengan ladang untuk memetik sesikat pisang buat makan tengahari kerana beras mereka cuma tinggal sedikit sahaja lagi.Sempat dia berpesan supaya Pak Pandir menyalakan api.
 
      "Harap-haraplah Andeh tak ambil ubi lagi.Perut aku dah muak makan ubi hari-hari.",bisik Pak Pandir sendiri sambil tangannya sibuk menyusun ranting-ranting untuk menyalakan api seperti mana yang disuruh oleh Mak Andeh sebentar tadi.Setelah itu,dia duduk merehatkan diri.Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu terasa begitu mengasyikkan.Mengusir pergi rasa panas membakar bekerja dibawah teriknya matahari sebentar tadi.

   Dikejauhan disana,kelihatan Mak Andeh yang tergesa-gesa membawa sesikat pisang yang sedang masak ranum ditangan.Pak Pandir tersenyum riang.Dia sudah lama 'mengidamkan' pisang bakar namun Mak Andeh sering membakar ubi untuk makan tengahari mereka.

     "Lebar senyuman kau Pandir?.Suka sangatlah tu.",kata Mak Andeh separuh menyindir apabila sampai ke pondok.Pak Pandir mengangguk kepalanya laju.Memang dia tengah kecur liur sekarang memandangkan dia menunggu begitu lama untuk merasa pisang yang ditanam mereka pada tahun lepas itu.

    Mak Andeh mengasingkan pisang tersebut sebiji-sebiji sebelum dibakar didalam api.Pak Pandir pula sudah tercongok dihadapan para untuk menunggu pisang tersebut siap dimasak.Mak Andeh hanya mampu menggelengkan kepalanya.Sementara menunggu pisang yang dibakar tadi masak ,Mak Andeh bercadang sungai untuk mandi memandangkan badannya terasa sangat panas dan melekit.

       "Pandir?,aku mahu ke sungai untuk mandi.Kalau pisang sudah masak,kau makan dahulu.Tinggalkan aku sedikit.Tapi ingat,buang kulit pisang itu terlebih dahulu.Sejukkan baru makan.",sempat dia berpesab sebelum bangun keluar dari pondok untuk menuju ke sungai.Pak Pandir menganggukkan kepalanya tanpa melarikan pandangan walau sekejap dari memandang pisang-pisang tadi.

    Setelah menunggu beberapa detik,Pak Pandir mengeluarkan pisang dari api menggunakan penyepit kayu.Pisang-pisang tersebut sudah masak dan baunya sungguh menggiurkan.Tanpa berfikir panjang pak Pandir terus menyumbat sebiji pisang yang bersaiz kecil dan masih berkulit lalu terus menelannya.Sebaik sahaja pisang tadi turun melalui tengkoroknya rasa panas yang tidak tertanggung terasa begitu menyeksa.

     Pak Pandir menjerit kuat sambil berguling-guling kesakitan namun pisang tadi tidak dapat dimuntahkan kembali.Akhirnya Pak Pandir mati disebabkan kebodohan dan kegelojohannya memakan pisang bakar tadi.

Pak pandir dan semut



  Alkisah bermula disebuah kampung bernama kampung beringin
pendam.Dihujung kampung tersebut terdapat sepasang suami isteri pertengahan usia bernama Pak Pandir dan Mak Andeh.Seperti penduduk-penduduk kampung yang lain,mereka mengerjakan ladang sebagai sumber utama rezeki mereka.

    Pak Pandir sangat dikenali dimana-mana kerana kebodohannya.Dia sering diketawakan kemana sahaja dia pergi namun,dia tidak terasa hati.Dia tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa.Mak Andeh pula merupakan seorang wanita yang normal namun dia tetap menyayangi Pak Pandir seadanya.

     Dipendekkan cerita,pada suatu hari Pak Pandir berburu burung kerana Mak Andeh mengidamkan dagingnya.Walaupun tidak tahu bagaimana untuk menangkap burung-burung tersebut,demi isterinya yang baru mengandung 2 bulan itu dia tetap pergi berburu dengan semangatnya.Setelah lama berjalan dia berehat dibawah sepohon durian yang besar dan tinggi.
   
    "Dah setengah hari aku berjalan tapi tak ada seekor burung pun aku nampak.Wahai burung muncullah.Isteriku mengidamkan daging kau sekarang.",ucap Pak Pandir perlahan.Seperti mendengarkan ucapannya seekor enggang tiba-tiba muncul dan terbang rendah betul-betul dihadapannya.Pak Pandir bingkas bangun.Senyuman terus terlakar pada bibir kusamnya.

    Tanpa membuang masa,Pak Pandir mengejar enggang tadi lalu menangkapnya.Alangkah gembiranya dia apabila berjaya menangkap burung sebesar itu.Dia terus mengikat kaki burung tadi kemudian dia mengikat hujung tali tersebut pada kakinya sendiri.Dia mengikat burung tersebut pada kakinya supaya ia tidak boleh terbang lagi fikirnya.
 
     Walaupun sudah mengikat kedua-dua kaki burung itu namun Sayapnya dibiarkan begitu sahaja.Tidak lama selepas itu,sekumpulan  enggang pula datang dan  terbang rendah melintasinya.Pak Pandir bertempik riang lalu menangkap sebanyak mana yang dia mampu.Ada yang dikepitkan pada ketiaknya,ada yang diapit pakai kaki,ada juga yang diapit menggunakan dagunya,selebihnya
dipegang menggunakan tangan.

    Oleh kerana terlalu banyak burung yang dipegangnya,burung-burung itu dapat terbang membawanya jauh keatas pokok kerana dia tidak mengikat sayap-sayap mereka.Pak Pandir yang ketakutan akibat gayat itu terpaksa melepaskan burung-burung itu kecuali yang diikat pada kakinya.
 
     "Hai burung,memandangkan hanya kau yang tinggal aku ingin membuat perjanjian dengan kau.Kalau kau boleh terbang bawa aku kembali ke tanah,aku akan melepaskan ikatan ini dan membiarkan kau pergi.",katanya serius.Seperti memahami kata-katanya enggang tadi mengepak-ngepakkan sayapnya.

    Pak Pandir terus membuka ikatan pada kakinya kerana dia berfikir bahawa burung tersebut setuju  dengan kata-katanya.Namun sebaik sahaja ikatan tadi terlepas,si enggang terus terbang pergi meninggalkan Pak Pandir yang bodoh itu seorang diri.
 
    "Celaka kau enggang!!.Tergamak kau tipu aku?!!!.Kalau aku tahu kau bermain muslihat tadi ,baik aku bunuh kau terus.",marahnya.Turun naik nafasnya menahan amarah.Namun apabila menyedari dia kini berada nun jauh tinggi diatas pokok dia kembali terdiam.Pelbagai cara difikirkan supaya boleh kembali ke bawah.Walaupun terdapat begitu banyak akar-akar yang menjalar pada pokok itu dan ada sesetengahnya yang boleh digunakan untuk menuruni pokok tersebut,namun Pak Pandir tidak terfikirkannya.

    Setelah hari mulai beranjak petang,Pak Pandir akhirnya mendapat penyelesaian.Dia melihat semut-semut yang kelihatan begitu senang memanjat naik pokok dan menuruni pokok tersebut tanpa jatuh.Dia tergelak sendiri.Dahinya ditepuk berkali-kali.
   

     "Bodohnya aku ni.Kenapalah aku tak terfikir dari tadi.Terima kasih sahajalah wahai semut.",ucapnya riang.Sambil bernyanyi kecil dia mengatur posisi menghadap ke bawah seperti semut-semut tadi.

     Gayatnya sebentar tadi terus hilang kerana dia yakin bahawa dia tidak akan jatuh seperti semut-semut itu.Namun sebaik sahaja dia meluruskan badannya menghadap ke bawah dia terus jatuh gedebuk bagaikan nangka busuk .Pak Pandir terus meninggal  dunia disitu tanpa ada sesiapa pun tahu kerana kebodohannya.