Tuesday, 12 September 2017

Bunga Mawar dan Pokok Kaktus



      Pada zaman dahulu kala,disebuah  hutan terdapat sebatang pokok Bunga Mawar liar yang tumbuh cantik dan wangi.0leh itu,Bunga Mawar tersangatlah angkuh dan memegah diri.Dia juga sangat jijik dengan tumbuh-tumbuhan lain yang berdekatan.

    Maka dilanjutkan lagi cerita,seorang pemuda membawa sepohon kaktus lalu menanamnya bersebelahan dengan Bunga Mawar ketika sedang berburu.Sejak hari itu,Bunga Mawar memusuhi pokok Kaktus kerana rupanya yang hodoh dan berduri seluruh pohon.



    "Jijiknya.Kenapalah pemburu itu membawa dan menanam kau disini?!.Kau merosakkan kecantikkan dan reputasi aku.!",marahnya kepada pokok kaktus itu.Dia yang sebelum ini kelihatan sangat cantik,tiba-tiba kelihatan buruk dengan kehadiran Pokok kaktus itu.Manakan tidak,Pokok kaktus itu betul-betul ditanam bersebelahan dengannya.


    Pokok Kaktus hanya mendiamkan diri walaupun dia terasa hati dengan kata-kata Bunga Mawar.Dia mengakui yang Bunga Mawar kelihatan Sangat cantik dan dia sangat kagum dengan harumannya yang wangi semerbak itu.0leh itu,dia hanya membiarkan Bunga Mawar memarahinya tanpa menjawab atau berperang mulut dengannya.

        Pada suatu hari,musim kemarau telah              tiba.Hutan yang dulunya hijau kini                                   perlahan-lahan berubah
keperangan.Rumpu-rumput dan tumbuh-tumbuhan mula layu.Daun-daun juga banyak yang gugur ketanah.Tanah pula merekah dan kering tanpa setitik air sekalipun.Bunga Mawar yang dulunya cantik juga turut layu kerana kepanasan yang melampau.Namun Pokok Kaktus masih berdiri megah tanpa terkesan oleh perubahan cuaca itu.

    Bunga Mawar sudah berasa sangat haus dan lelah.Dia benar-benar sudah tidak mampu menanggung rasa haus dan panas sang mentari yang tidak berbelas kasihan.
   "Tolonglah aku kaktus.Aku terlalu haus dan lelah.Berilah aku sedikit air.Aku minta maaf sebab sering memarahi dan memperlekehkan kau.Tolonglah.",akhirnya tanpa malu dia merayu Pokok Kaktus yang sangat dibencinya itu.Dia tidak menyangka sama sekali disebalik rupa hodoh Pokok Kaktus,dia mempunyai kelebihan tersendiri iaitu tahan panas dan kemarau.

    Pokok Kaktus tersenyum.Dia sebenarnya tidak menaruh dendam kepada Bunga Mawar cuma dia ingin Bunga Mawar yang angkuh itu menyedari kesilapannya dan tidak lagi menilai sesuatu melalui rupanya.
   "Baiklah Mawar.Aku akan berikan.Cuma satu saja pesananku.Jangan pernah menilai sesuatu berdasarkan rupanya kerana disebalik rupanya tiada siapa yang tahu.",kata Kaktus sebelum memberi air kepada Bunga Mawar.

    Bunga Mawar kembali segar.Sepanjang kemarau itu ,dia banyak bergantung kepada Pokok Kaktus dan mereka mula bersahabat baik.Apabila musim kemarau sudah habis,Bunga Mawar tetap bersahabat denga Pokok Kaktus tanpa mengungkit rupanya lagi.Kerana dia mula sedar,setiap sesuatu mempunyai kelebihan dan kekuragannya tersendiri.Maka habislah cerita Bunga Mawar dan Pokok Kaktus.

No comments:

Post a Comment