Alkisah bermula di Sebuah hutan berdekatan dengan Kampung Rambutan Manis.Dihutan itu,terdapat seekor beruang yang ganas tetapi bodoh dan sombong.Semua binatang dihutan sangat gerun kepadanya kecuali Sang kura-kura.
Maka pada suatu hari,Ketika beruang sedang meminum air di sungai,Sang Kura-Kura berenang menghampirinya.Beruang yang sedang meminum air itu tidak memperdulikan kehadiran Sang Kura-Kura.
"Bukankah kau kena meminta kebenaran dari ku untuk meminum air di sungai ini?",soal Sang Kura-Kura memulakan perbualan.
"Hahaha..Apa yang Kau melawak pagi-pagi ni lembab?!!.Aku tak perlu kebenaran siapa-siapa untuk memakan tumbuhan dan meminum air dihutan ini.!!,"tengking Beruang Kasar.Tawa sinis dilepaskan.Walaupun begitu,Sang kura-Kura kelihatan tenang dan santai sahaja.Tengkingan Beruang tidak sedikit pun menakutkannya.
"Kau memang tidak tahu malu Beruang.Patutlah kau tidak ada kawan selama ini.Semua binatang muak dengan perangai Kau!",Balas Sang Kura-Kura.Sengaja dia berkata begitu untuk menaikkan lagi kemarahan Beruang.Padahal dia tahu,binatang-binatang dihutan itu takutkan Beruang.
Beruang merengus marah.Tanpa bertangguh dia terus menyambar Sang Kura-Kura dari sungai kemudian dihempaskan kasar ke tanah.Sang Kura-Kura bernasib baik kerana cengkerangnya cukup kuat untuk melindungi tubuhnya.
"Aku akan bunuh kau sekarang juga bangsat!",marah Beruang.Dia terus mencapai sebongkah batu besar untuk dihempaskan ke belakang Sang Kura-Kura.
Sang Kura -Kura panik melihat kemarahan Beruang namun cuba bertenang.Dia tahu silap sedikit sahaja nyawanya akan melayang saat ini.
"Kau boleh bunuh aku Beruang tetapi sebelum itu aku ada permintaan terakhir.,"ucap Sang Kura-Kura perlahan.Berpura-Pura sedih.Beruang melepaskan kembali batu tadi.
"Baiklah.Aku taklah kejam sangat.Kau nak apa??",soal Beruang lalu mengambil Sang kura-Kura kemudian dia memegang erat cengkerangnya.Dia tidak mahu Sang Kura-Kura melepaskan diri ke sungai.Sang Kura-Kura berpura-pura menangis pula.
"Sebenarnya arwah datuk aku pernah bagitahu aku rahasia besar.Rahsia yang boleh menyebabkan kita menjadi kuat,dihormati dan hidup abadi selamanya.",Tipu Sang Kura-Kura dalam 'sendunya'.
Beruang terus ceria.Mendengarkan kata-kata Sang Kura-Kura tadi, dia jadi tidak sabar ingin tahu apakah rahasianya.
"Benarkah begitu Sang Kura-Kura??.Kalau benar,aku tidak akan membunuhmu dengan syarat kau beritahu aku rahasia apakah itu",katanya tidak sabar namun sempat mengugut Sang Kura-Kura.Sang Kura-Kura tersenyum kecil.Nampaknya Beruang sudah termakan 'umpannya'.
''Baiklah, Beruang!.Didalam hutan sana terdapat sepohon Durian besar.Walaupun begitu,pokok Durian itu bukanlah sebarang pokok kerana pokok Durian itu adalah tempat tersimpannya Tali pinggang Raja sulaiman.",Sang Kura-Kura mulai mereka cerita.
Dia tahu di dalam hutan itu terdapat sepohon Pokok Durian besar yang didiami oleh seekor ular sawa yang sangat besar dan kuat.0leh itu,dia sengaja berkata begitu untuk mengenakan Beruang.
Beruang bersorak girang.Dia sudah membayangkan dia akan menjadi raja di rimba itu dan dihormati oleh semua Haiwan-haiwan."kalau begitu,tunjukkan aku tempatnya.Setelah itu,aku akan biarkan kau pergi.",katanya.Sang Kura-Kura mengangguk setuju.Setelah itu ,Beruang pun berjalan membawa Sang Kura-Kura meredahi hutan tebal itu menuju ke destinasi.
Sesampainya di bawah Pokok Durian itu Kelihatan ekor ular sawa besar itu terjuntai dari dahan pokok ke bawah.Sang Kura-Kura terus menunjuk ke arah Ular sawa yang sedang tidur itu.
"Itu adalah tali pinggang yang aku maksudkan.Aku pernah cuba mengambilnya sebelum ini ianya terlalu tinggi untuk ku capai.",ucap Sang Kura-Kura lirih.Wajah sedih dipamerkan.Beruang ketawa kecil.Dia begitu gembira kerana dia akan mengambil 'Tali pinggang' itu hari ini juga.
"Sudahlah Kura-Kura.Kau memang tak layak memakai tali pinggang itu.Dah!! berambus dari sini sebelum aku berubah fikiran!!",tengking Beruang kemudian.Wajah bengis dipamerkan kepada Sang Kura-Kura.Dia sudah tidak Sabar untuk memakai 'Tali pinggang' itu.Kulit ular sawa yang berkilat itu dan bercorak itu membuatnya kelihatan benar-benar cantik.Sang Kura-Kura terus melangkah pergi dengan senyuman.
Tidak lama selepas itu,kedengaran jeritan Beruang kuat membelah hutan.Sang Kura-Kura tertawa halus.Dia tahu Beruang telah pun memakai 'Tali Pinggang' Raja Sulaiman itu sebentar tadi.Sang Kura-Kura meneruskan perjalanan sambil bernyanyi girang kerana dia tahu Beruang itu tidak akan pernah kembali lagi.
saya mohon share ye. tk
ReplyDeletenot good tak baguss make it beterrrr
ReplyDelete