Thursday, 28 September 2017

Cerita Gagak dan Merak



          Pada zaman dahulu,warna burung gagak dan Burung Merak ialah putih tanpa sebarang warna.Bulu mereka sangatlah putih dan bersih.

   Dilanjutkan cerita,Pada suatu hari Burung Gagak terbang mencari makanan dan terjumpa sebuah pondok.Dihadapan pondok itu terdapat banyak baldi-baldi besar.Burung Gagak pun menghampiri pondok tersebut untuk memeriksa baldi-baldi tersebut.

    Setelah membuka penutup salah satu daripada baldi itu,dia terkejut kerana didalam baldi tersebut rupa-rupanya pewarna untuk mengecat.Alangkah gembiranya hati Burung Gagak.Dia segera terbang ke hutan kembali untuk mencari sahabat baiknya Burung Merak.

    Tidak lama kemudian kelihatan Burung Merak yang sedang tertidur di dalam sarangnya.Burung Gagak terus terbang menghampirinya."Merak?!.0h Merak?!!.Bangunlah..Aku ada berita gembira untuk kau..",ucap Burung Gagak girang.Burung Merak membuka matanya perlahan.

    "Kacaulah kau ni Gagak.Aku tengah asyik tidur.Apa dia berita yang gembira sangat tu??",soal Burung Merak malas.Burung Gagak pun menceritakan bagaimana dia menemui pondok tempat pewarna-pewarna tadi.Belum habis Burung Gagak bercerita,Burung Merak terus terbang menuju ke pondok yang di katakan oleh Burung Gagak sebentar tadi.Dia tidak sabar untuk mewarna bulunya yang putih kosong itu.Burung Gagak turut terbang mengikuti dari belakang sambil tertawa.

    Sebaik sahaja sampai,Burung Merak terus membuka baldi-baldi berisi pewarna itu untuk memilih warna yang disukainya.Apabila Burung Gagak sampai,dia terus meminta Burung Gagak untuk mewarnakan bulunya.Burung Gagak menurut setelah Burung Merak berjanji akan turut mewarna bulunya pula.

   Setelah Sejam mewarna bulu Burung Merak,Burung Gagak pun menyudahkan kerjanya.Burung Merak yang kelihatan putih bersih selama ini itu sudah kelihatan begitu cantik dan berwarna-warni.

    "Sekarang,giliran ku.Aku mahu warna hitam di hujung sayapku.",kata Burung Gagak sambil menunjukkan baldi yang berisi pewarna hitam itu kepada Burung Merak.Burung Merak menurut.

      Namun ketika baru sahaja mahu mewarna hujung sayap Burung Gagak dengan pewarna itu ,pemilik pondok tersebut keluar dari pondok dengan membawa senapang patah ditangan.Burung Merak yang terkejut lantas menolak Burung Gagak ke dalam Baldi berisi pewarna Hitam tadi sebelum terbang pergi.



     Sebab itulah sehingga kini,Burung Gagak bewarna hitam dan hodoh sementara Burung Merak pula cantik dan berwarna-warni.Burung Gagak juga tidak lagi bersahabat dengan Burung Merak kerana hal itu.

No comments:

Post a Comment