Pada suatu,Mak Andeh menyuruh suaminya iaitu Pak Pandir
untuk memetik keladi buat dijadikan bubur makan tengahari mereka.
''Pandir,kita dah kehabisan beras.Sementara menunggu aku menumbuk padi
ni,Kau pergilah petik sedikit keladi buat makan tengahari.,''Katanya.
Pak Pandir merengus malas.''Kau pun tahu,aku bukannya pandai nak
bezakan yang mana sesuai dipetik yang mana tak.Buatnya aku petik Semua
tak ke naya?.,''Balasnya sambil menggaru kepalanya.Mak Andeh mencebik.
''Kau petik je la mana~mana Pandir.Walau sebesar kepala burung pun,kau ambil
saja.Asalkan ada.,''Katanya.Pak Pandir akhirnya bangun lalu mencapai sebakul
rotan dan sebilah parang.Dengan malas dia melangkah ke kebun mereka dibelakang
rumah.Bibirnya terkumat kumit menyebut 'Petik saja walau sebesar kepala burung' supaya dia
mengingatinya.Namun sesampai sahaja dikebun mereka,dia hanya menyebut 'sebesar kepala
burung'.
Dipendekkan cerita,kebetulan seekor burung pipit terbang agak rendah melintasinya.Tanpa
membuang masa Pak Pandir terus mengejar burung tadi lalu menangkapnya.''Wahai burung,
nasib baik kau ada.Dapat jugalah aku memetik keladi sebesar kepala kau.,''katanya riang.
Pak Pandir kemudian memetik keladi lalu disamakan dengan kepala burung pipit tadi.
Kalau saiz keladi tersebut lebih besar,dia akan membuangnya.Begitu juga jikalau keladi
tersebut lebih kecil.
Dia mengambil masa agak lama memetik keladi tersebut memandangkan dia betul~
betul mengambil keladi yang sebesar kepala burung pipit itu sahaja.Setelah selesai
dia membawa 5 biji keladi ke rumah.
''Andeh,5 biji saja keladi yang aku dapat petik betul~betul sebesar kepala burung.Yang
lain lebih besar jadi aku buang saja disana.,''Katanya kepenatan.Bakul rotan yang diisi
keladi tadi disua kepada Mak Andeh.
''Apa??..jahanam tanaman aku Pandir!!.,''melengking suara Mak Andeh.Darahnya
terasa menyirap naik ke ubun~ubun.Suaminya itu dipandang kecil besar sahaja kerana
terlalu marah.Pak Pandir cepat~cepat masuk ke dalam rumah.Dia takut kalau~kalau
isterinya itu memukul dia kerana kebodohannya itu.Mak Andeh kemudian bergegas ke belakang
rumah.Hatinya bertambah marah melihat keladi~keladinya itu.Sebahagian besar sudah dicabut
Pak Pandir.Hanya beberapa saja yang tinggal.
Pak Pandir pula hanya mampu tercongok didepan pintu dapur.Dia menyalahkan dirinya
kerana terlalu lembab dan bodoh.
Thursday, 28 May 2020
Tuesday, 26 May 2020
Pak Pandir Dan Rebung
Pada suatu hari,Mak Andeh menyuruh suaminya iaitu Pak Pandir
untuk pergi memasang bubu disungai.''Pandir,sudah lama kita berlaukkan
pucuk paku.Eloklah kalau hari ini kau turun ke sungai memasang bubu.Aku
teringin nak makan ikan.,''Katanya.Pak Pandir yang sedang duduk termenung
diberanda bingkas bangun mendengar kata~kata isterinya itu.
''Baiklah Andeh..Aku pun dah muak berlaukkan pucuk paku.Aku pergi dulu ya?.
Kalau sudah senja sikit kau tanaklah nasi.Nanti aku bawa balik banyak ikan.,''Balas
Pak Pandir lalu turun ke bawah.Bubu yang diikat ditiang rumah mereka diambil lalu
melangkah ke anak sungai yang kira~kira setengah jam perjalanan dari rumah mereka.
Sebaik sahaja sampai disungai,Pak Pandir segera memasang bubu sambil berharap
mendapat banyak ikan.Kecur liurnya memikirkan kelazatan salai ikan.Setelah selesai dia berehat
dibawah pokok beringin ditepi anak sungai itu'Ah..baik aku tidur dahulu sementara menunggu.
Taklah lama sangat nak habiskan hari' ucapnya didalam hati.
Apabila sudah menjelang petang,Pak Pandir pun bangun lalu pergi memeriksa bubu.
Tetapi kecewanya dia apabila melihat 'rebung~rebung' yang banyak didalam bubunya.
''Celaka punya rebung..Aku nak tangkap ikanlah!.,''teriaknya marah.Dengan perasaan
geram dan kecewa dia membuang kembali 'rebung~rebung' tadi ke dalam sungai.
Namun sebaik sahaja 'rebung~rebung' tadi mencecah air,mereka berenang pergi dengan pantas.
Pak Pandir menepuk dahi dengan kebodohannya.Rebung yang disangkakan tadi rupanya
ikan.Bubu kosong ditangannya dipandang hampa.Pak Pandir terduduk.Kalaulah tidak
bertindak terburu~buru tadi dia berjaya membawa banyak ikan untuk lauk mereka malam ini.
Mahu tidak mahu Pak Pandir melangkah pulang dengan perasaan penuh kecewa.
Subscribe to:
Posts (Atom)